Friday, August 13, 2010

duit raya



Duit raya RM350 untuk peneroka FELDA, RM150 untuk yang di luar FELDA

2010/08/13

KUALA LUMPUR: Seramai 101,391 peneroka FELDA akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama FELDA akan diberi RM150 seorang.

Ketika mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan FELDA di seluruh negara.

"Pemberian duit raya ini membabitkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama FELDA dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama FELDA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata, hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka FELDA, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama FELDA kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

"Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan Syawal.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama FELDA supaya kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," katanya. - Bernama

Wednesday, August 11, 2010


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Salam ramadhan untuk ingatan bersama.