Sunday, April 11, 2010

PERSADA GALA NIGHT 2010

Assalamualaikum......

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana kami, PERSADA USM telah berjaya menganjurkan majlis PERSADA GALA NIGHT 2010 pada 7 April yang lalu. PERSADA GALA NIGHT 2010 bukan sahaja merupakan majlis makan malam tahunan PERTAMA bagi PERSADA USM tapi majlis Perasmian Logo & Kad Keahlian PERSADA USM turut dijalankan serentak pada malam tersebut.
Apa yang lebih membanggakan kami, Pengarah Seranta (Felda), En. Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid turut sudi hadir bagi merasmikan sendiri Logo dan Kad Keahlian PERSADA USM bersama En Mandzri Hj Nasib, Penolong Pengarah Kanan Seranta (Felda) serta beberapa lagi pegawai Seranta Putrajaya dan Seranta Kedah. Pihak kami amat berbesar hati dengan kehadiran kesemua pegawai Seranta yang sudi hadir pada majlis tersebut.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Timbalan Naib Cancelor (BHEPP) USM, Profesor Omar Osman yang masih sudi hadir ke majlis kami walaupun perlu menghadiri majlis yang lain pada malam yang sama. Kehadiran Profesor Omar Osman sangat bermakna bagi kami. Pihak PERSADA USM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut dan diharap agar semua pihak berpuas hati dengan majlis tersebut. semoga PERSADA USM akan kekal maju pada masa hadapan.


Logo PERSADA USM



Kad Keahlian PERSADA USM

"MAHASISWA FELDA PEMANGKIN ASPIRASI GLOKAL"