Saturday, July 31, 2010

konvokesyen kembali lagi...


Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia akan bermulaa pada 3-8 Ogos yang akan datang. Sekretariat Permuafakatan Siswa-siswi FELDA (PERSADA) USM, mengucapkan selamat bergraduasi kepada semua generasi FELDA amnya, dan kepada generasi FELDA di USM khasnya. Semoga anda terus cemerlang dan gemilang dalam apa jua bidang yang anda ceburi. ^.^

Monday, July 26, 2010

ramadhan bakal menjelang. ( =



Hari ni cukuplah lagi 15 hari lagi kita akan menghadap bulan ramadhan. Semoga kita dipanjangkan umur dan sempat berjumpa penghulu segala bulan, bulan yang dipenuhi rahmat dan keampunan-Nya.Ahlan wa sahlan ya ramadhan.

Sunday, July 25, 2010

LOGO SEMENTARA PERSADA USM


Logo sementara PERSADA USM. Dalam mesyuarat Majlis Perundingan PERSADA Kebangsaan yang lepas, Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa semua IPTA akan menggunakan logo yang sama. Sementara menunggu logo kebangsaan, pihak SEKRETARIAT PERSADA USM mengambil inisiatif untuk menggunakan logo sendiri. Untuk makluman, logo yang dipamerkan ini adalah logo sementara menunggu logo kebangsaan siap.. harap maklum.