Thursday, October 18, 2012

Perjumpaan Pembantu Exco Kali Ke-2

Salam Persada buat semua ahli Persada. Pada 9 september yang lalu, satu perjumpaan di antara pembantu exco dengan ketua-ketua exco dan juga Majlis Tertinggi Persada USM telah dijalankan di padang kawad USM sekitar jam 9 malam. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk menyerahkan kertas kerja berkenaan dengan cadangan aktiviti yang akan dilakukan untuk semester ini. Kami juga telah diberi peluang untuk berkenalan sesama pembantu exco dan juga Majlis Tertinggi bagi mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin antara kami. Semoga selepas ini segala kerja dapat dilakukan dengan mudah apabila kita saling mengenali antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat diambil sepanjang perjumpaan ringkas ini.

Ahli Majlis Tertinggi sedang menyemak kertas kerja
yang dihantar 




Pembantu - pembantu exco sedang khusyuk mendengar
 arahan yang disampaikan