Tuesday, August 23, 2011

RaYa+MerDeKa

Ramadhan hampir saja berakhir, sebelum kekalutan melanda dalam memberi ucapan raya, rasanya tidak terlalu awal, kami, pihak jawatankuasa eksekutif PERSADA USM mengucapkan salam Aidilfitri + Salam Kemerdekaan yang kebetulan akan disambut serentak pada tahun ini. 1 Syawal dijangkan akan disambut pada 31 Ogos 2011 atau paling awal akan disambut pada 30 Ogos 2011. Dalam kita sibuk membuat persiapan menjelang Syawal, pihak jawatankuasa eksekutif PERSADA USM berharap sisa-sisa Ramadhan yang tinggal ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi menjana amalan-amalan kebaikan, semoga keberkatan Ramadhan tidak kita persia-siakan. Akhir Kata, Ramadhan menjengah kita setahun sekali, andai tahun ini tidak berkesampatan mengumpul amalan, berdoalah semoga tahun depan masih untuk kita. sekian, Assalamualaikum...

Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut ramadhan

alhamdulillah kita msih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan pada tahun ini.semoga ramadhan kali ini mendapat keberkatan dan barakah dari ALLAH. banyakkan amal ibadah dan bersedekah.marilah kita rebut peluang keemasan untuk menambah pahala..kita tidak tahu jika tahun depan kita masih ada untuk berpuasa lagi atau tidak.oleh itu,marilah kita bersama-sama mengerjakan puasa kali ini dengan penuh ikhlas :)


Bersamalah kita memeriahkan lagi persada usm dan berusaha meningkatkan kecemerlangan persada di USM.
jangan ponteng-ponteng ye.ampun dan maaf dipinta jika ada tersilap atau salah dari pihak persada usm.



Thursday, July 28, 2011

BORANG PENDAFTARAN E-DAFTAR PERSADA USM

Saturday, June 18, 2011

LOGO BARU PERSADA KEBANGSAAN

Pada 11 Jun 2011 yang lalu, Ahli Majlis Perundingan Presiden PERSADA Kebangsaan (MPPPK) telah bermesyuarat bertempat di Kem BTN Kundasang, Sabah. Mesyuarat dipengerusikan Saudara Nurul Iman b. Apwa (UTEM) selaku Pengerusi baru MPPPK. Ahli Majlis bersetuju untuk menyeragamkan logo di semua IPT.
Justeru itu, kepada semua yang berminat, sila hantarkan cadangan logo anda kepada Presiden, Mohamad Isa bin Hasan (01333701470) sebelum 15 September 2011.
Segala kerjasama anda semua amat dihargai.
Terima Kasih.

Sunday, May 22, 2011

JADUAL AKADEMIK 2011/2012

Sidang akademik 2011/2012 akan bermula pada 12/9/2011
Cuti pertengahan semester pada 5/11/2011-13/11/2011.
Minggu ulangkaji selama dua minggu pada 24/12/2011-2/1/2011.
Cuti Semester 1 pada 21/1/2012 - 19/2/2012.

Semester 2 bermula pada 20/2/2012.
Cuti pertengahan Semester 2 pada 7/4 - 15/4/2012.
Minggu ulangkaji pada 02/06/2012 – 10/06/2012.
Cuti panjang bermula pada 30/06/2012 - 09/09/12

untuk maklumat lanjut boleh lihat disini.